Masuk kerja pukul 3.30 pagi tadi. Lepas membuta dua jam petang tadi, sampai sekarang aku tak rasa nak tido. Sambil mandi, aku pun terfikir topik-topik untuk ditulis. Aku memang suka blogging tapi kekeringan topik. So why not aku tulis pasal benda yang aku suka. Like, anime? Yeah, man. Anime! Benda pertama dalam hidup aku yang membuat aku terjebak dengan bersungguh-sungguh.
Sesetengah orang bila dengar je pasal anime mesti dia anggap anime sama je macam kartun. Well, the truth is, anime is TOTALLY different from cartoon. Aku sangat-sangatlah rasa annoyed gila bila orang samakan anime dengan kartun. Like, what the hell. Kedua-duanya sangat berbeza.
Situation 1
Member: Sekarang hang tengok citer apa je?
Aku: Aku jarang la tengok drama semua. Aku banyak tengok anime.
Member: Anime? Apa benda tu?
Aku: Dia macam animation la, cuma dia dari Jepun.
Member: Maksud hang, macam kartun yang adik aku tengok tiap-tiap pagi Sabtu tu? Biar betul.
Aku: ... (WTH)
Situation 2
Mak: Kak long ni, dah besar panjang pun asyik tengok kartun je. Macam mana adik-adik tak ikut kalau kakak pun tengok kartun. Dah, dah, tutup tv. Tolong mak masak.
Aiseyman... Macam tu la salah faham orang sekeliling terhadap minat yang aku 'ceburi' ni sejak azali lagi. Even mak aku dulu pun macam tak boleh terima bila aku asyik menghadap
Animax je. Tapi sekarang dia dah malas nak kisah dah. ;PP
Sekarang bagi aku define apa yang dikatakan "anime". Menurut Wikipedia:
Anime is commonly defined as animation originating in Japan.
Perkataan anime sebenarnya adalah ringkasan dari perkataan 'animation' sendiri. Orang Jepun yang mula-mula menggunakan istilah ni untuk animation yang mereka hasilkan. Lama-kelamaan, ia diterima meluas dan peminat-peminat animasi Jepun menggunakan istilah 'anime' untuk merujuk kepada karya-karya animasi dari Jepun.
Sebenarnya, anime dan kartun ada satu persamaan iaitu kedua-duanya adalah sejenis bentuk animasi. Apa yang membezakan antara kedua-dua benda ni adalah beberapa perkara yang aku akan cerita dengan detail kat bawah.
1. Anime = Japanese animation
Yes. Anime secara spesifiknya merujuk kepada animasi Jepun. Asal-usul term "anime" sendiri pun dari Jepun. Jadi, macam yang aku cakap tadi, perbezaan besar yang membezakan anime dengan kartun ialah negara asal masing-masing. Contoh macam Spider-man. Asal dari Amerika kan? Pernah ke orang cakap, "Eh, anime Spider-man yang aku tengok kat tv semalam cakap Melayu la." Tak, tak pernah.
2. Anime mempunyai rating umur tertentu
Bagi aku, salah satu perbezaan ketara antara anime dengan kartun ialah anime bukan untuk semua peringkat umur. Yes, note that. Kartun dibuat khusus untuk menarik golongan kanak-kanak. Of course la adults pun boleh tengok apa-apa jenis kartun kan? No harm. Tapi sesetengah anime yang ada rating seperti R, PG13, PG17, mature etc. memang bukan untuk ditonton oleh budak-budak. Those are just not for kids.
Kenapa anime ada rating macam tu pulak? Sebab kandungan anime tu sendiri. Contohnya, mature anime seperti
hentai mempunyai babak-babak seksual yang melampau. In other words, hentai is porn anime. =_= Budak-budak tak boleh tengok! Ada jugak anime yang memaparkan
keganasan melampau (penuh dengan aksi membunuh, darah, anggota badan berkecai berterbangan, gore and all that stuff). Aku pernah tengok
Elfen Lied. Tengok sampai episode 2, aku terus stop. Gila.
 |
| Muka innocent habis [Elfen Lied] |
|
|
3. Keunikan character design dalam anime
Antara sebab utama aku tertarik kat anime sebab art dia yang memang lawa and awesome gila. Mula-mula aku tengok pun sebab aku syok kat watak lelaki dalam anime. Aku gila bishounen (pretty boys). Haha!
 |
| My ultimate pretty boys. Yeah! ^////^ |
Kalau nak bezakan anime dengan kartun, paling senang nak tengok adalah part mata. Mata watak-watak anime selalunya dilukis dengan besar dan ada perincian yang khusus. Biasanya watak perempuan ada mata yang lebih besar. Trend 'mata besar' ni sebenarnya dimulakan oleh
Tezuka Osamu, satu nama yang cukup besar dalam dunia animasi Jepun. Peminat anime kalau tak kenal Tezuka Osamu memang... ugh. Ok la, aku bagi hint. Antara karya popular beliau:
Astro Boy.
 |
| Anime eyes |
Selain stail mata, ekspresi muka watak anime jugak sangat unik. Biasanya, emosi watak-watak anime ditonjolkan dengan cara yang berlebih-lebihan. Macam, sengaja buat over. Lebih kurang camtu la. Dengan cara macam ni la aksi komedi dalam anime dipaparkan secara spontan. Tengok muka diorang pun rasa nak tergelak. One of the best things about anime. :)) Kalau marah, sampai berapi-api dengan vein yang berdenyut-denyut kat dahi. ;D
 |
| Angry Ichigo [Bleach] |
 |
| Embarrassed Misaki [Kaichou wa Maid-sama] |
 |
| Crying Yui [K-ON!] |
 |
| Shocked Jiraiya [Naruto] |
4. Jenis-jenis sub-genre dan demographic group
Selain genre-genre umum yang kita semua tau macam drama, horror, thriller, comedy, etc, anime ada sub-genre tersendiri.
- Harem - watak utama dikelilingi oleh beberapa watak lain yang berlainan jantina darinya. Biasanya merujuk kepada seorang watak lelaki yang dikelilingi oleh sekumpulan watak perempuan. Kalau bertentangan pulak dipanggil reverse harem.
 |
| Harem [Higurashi no Naku Koro ni] |
 |
| Reverse Harem [Saiunkoku Monogatari] |
- Mahou shoujo (magical girl) - banyak sangat anime yang ada tema mahou shoujo. Contoh paling popular: Sailor Moon. Watak terdiri daripada perempuan yang ada kuasa luar biasa dengan tujuan untuk melindungi bumi dari kuasa kejahatan. Heh. =_=
 |
| Anime yang aku tak pernah miss masa kecik-kecik dulu. :) |
- Mecha - siri-siri yang ada je robot, perang-perang robot yang dikendali pilot-pilot dipanggil 'mecha'. Salah satu contoh terbaik ialah siri GUNDAM.
 |
| [Gundam Seed Destiny] |
- Yaoi - memaparkan hubungan antara lelaki dan lelaki. Ehem. Gay, maksud aku. Yeap, salah satu sebab kenapa sesetengah anime bukan untuk semua.
 |
| [Loveless] |
- Yuri - memaparkan hubungan antara perempuan dengan... err, perempuan. =.=
 |
| [Maria-sama ga Miteru] |
Demographic group untuk anime juga berbeza-beza mengikut kandungan dan genre. Biasanya demographic group ni digunakan untuk mengklasifikasi
manga, which in other word is, comics. Selain anime dan manga untuk
kanak-kanak, macam citer
musang kucing berwarna biru tanpa telinga yang datang dari abad ke-21, ada jugak yang disasarkan untuk golongan tertentu. Tapi ianya tak terhad untuk golongan tersebut je.
- Shounen untuk budak lelaki berumur 10 tahun ke atas. Biasanya cerita lawan-lawan. Good vs evil. Contoh: Fullmetal Alchemist, Dragon Ball, One Piece, Naruto etc. Aku pun paling suka tengok shounen anime. ;D
- Shoujo untuk budak perempuan umur 10 tahun ke atas. Fokus lebih kepada hubungan dan emosi manusia. Biasa la, perempuan kan suka benda-benda romantik macam ni. Eww. Contoh: Fruits Basket (yes, salah satu favourite aku), Sailor Moon, Vampire Knight, Ouran High School Host Club, etc.
- Seinen untuk lelaki umur 18-30 tahun. Beza dengan shounen ialah fokusnya lebih kepada realiti. Contoh: Gantz, Ghost in the Shell, etc.
- Josei untuk perempuan umur 18-30 tahun. Biasanya tentang pengalaman hidup wanita-wanita Jepun. Kisahnya lebih realistik berbanding shoujo. Contoh: Honey & Clover, Paradise Kiss, etc.
5. Anime is much cooler than cartoons
Ditto. ;D
 |
| ROFL |
--------------------------------------
Sekarang semakin banyak anime dengan tema yang semakin meluas dikeluarkan. Salah satu sebab aku tengok anime ialah untuk tengok dan hayati culture orang Jepun yang sangat-sangat berbeza dan unik. Well, selain tu, aku suka tengok kacak boys dalam anime. Oh yeah, one thing aku pantang: Orang suka cakap, "Kartun pun hensem ke?" Anti betul aku dengan soalan macam tu. Mata aku nampak benda tu cantik, biar la. And get rid of the word "kartun". It has got nothing to do with me.
 |
| Death Note (top) and Durarara!! (bottom); two of the best animes out there. |
P/S: Anime yang aku mention kat atas semua best-best tau. =P